ASTRO SAJI PELBAGAI PROGRAM MENARIK RAI RAMADAN, RAYA 2025!
ASTRO, peneraju industri hiburan di Malaysia, sekali lagi tampil dengan inisiatif menarik bagi menyambut Ramadan 1446 Hijrah.
Pelbagai pengisian istimewa telah disediakan bagi memenuhi keperluan tontonan setiap lapisan umur dan isi rumah, merangkumi platform televisyen, radio, digital, serta aktiviti lapangan.
Kempen Ramadan dan Raya Astro 2025 kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta-duta kempen terdiri daripada barisan pelakon dan pengacara berbakat seperti Zizan Razak, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Merqeen dan Sherry Alhadad yang berperanan menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.
Sebagai pra-pengaktifan kempen Ramadan, Astro meneruskan siri jelajah ‘Assalamualaikum’ di beberapa lokasi terpilih.
Program ini bertujuan mendekati dan menyantuni masyarakat setempat dengan mengagihkan 300 pek prihatin berupa barangan keperluan di setiap lokasi.
Siri jelajah ini telah berlangsung di Negeri Sembilan, Kedah, dan Kelantan.
Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata:
"Ramadan ini Astro akan terus membawakan program yang segar, baharu dan menarik sesuai dengan kehendak dan citarasa setiap pelanggan. Pengisian kali ini mengajak masyarakat untuk lebih daripada sekadar beribadah, tetapi juga menyatukan komuniti, berkongsi rezeki dan mencipta momen berharga bersama keluarga.
Astro menawarkan seleksi program merangkumi unsur kerohanian, drama terhebat, variasi santai, rancangan kanak-kanak, kandungan digital dan juga platform radio, untuk dinikmati oleh semua sepanjang Ramadan."
Antara sorotan kandungan Ramadan 2025 di platform televisyen Astro termasuklah program-program rohani di Astro Oasis seperti Kurma & Kopi Santai Janji Sampai, Syamsul Debat: Dakwah Santai, Tazkirah Malam Jumaat 'Indahnya Ramadan', Langkah Nabi Musim 2, Geng Ngaji Musim 6, Jalan-Jalan Australia dan Menuju SyurgaMu.
Astro juga menyajikan tujuh drama baharu sepanjang Ramadan, antaranya Dia Imamku, Dendam Seorang Madu, Seribu Tahun, Honey Minta Maaf dan UMAR.
Program variasi menarik di Astro Ria pula menampilkan Resepi Hidup Chef Wan, Sahur Macam Berbuka, Andai Tiada Suri, Healing With Zizan musim ke-2, Meletop Ramadan dan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah Vs Che Ton.
Astro Prima turut menyajikan Sepahtu Renew, Travelawak Projek Bapak Bapak musim ke-4, Rasa : Ajar Masak, Kongsi Kasih S4 : Jejak Jalanan, Borak Seeni dan Upin Ipin Musim Terbaharu, Musim 19.
Bagi tontonan kanak-kanak dan animasi di Astro Ceria, Upin & Ipin Ramadan, Upin & Ipin Iqra', Omar & Hana dan CERIA: Ummi Ceritalah Pada Kami akan menemani mereka sepanjang Ramadan.
Peminat kandungan digital boleh menikmati program-program menarik di Astro Gempak seperti Fallin Intern You, Boleh Ke Puasa?, Borak Dulu Baru Kamu Ramadan Special dan Dapur Hacks.
Astro First pula menyajikan filem-filem menarik seperti Kahar Kapla High Council, Kombo Yak Yak Ye (18 Puasa & Kampong Pisang Berbuah Dua Kali) dan Papa.
Di platform radio, ERA dengan Agen ERA, SINAR dengan OOSOM SINAR, GEGAR dengan BPG Buko Puasa Di PUSPEN dan ZAYAN dengan ZAYAN Kongsi Rezeki turut memeriahkan Ramadan.
Astro juga menyediakan Ramadan WhatsApp Sticker yang boleh dimuat turun di aplikasi My Astro.
Bersempena dengan bulan Ramadan, Astro Kasih menganjurkan Kempen Program Kasih Ramadan dan membuka tabung sumbangan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun RHB Bank Berhad, Yayasan Astro Kasih di nombor 21412900254230.
Maklumat lanjut mengenai pengisian Ramadan Astro 2025 boleh didapati di http://astroramadan.com.my/ atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.
Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang.
Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Astro One Entertaiment dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838. Tertakluk pada terma dan syarat.
#AstroRamadan1446Hijrah #RayaAstro2025 #AstroOne #YayasanAstroKasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan