Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBUKA PUASA BERSAMA RABBANI DI RUANG RAMA, PELUANG MENANGI PAKEJ UMRAH MAHABBAH!

 


KIRA-KIRA 15 tahun lalu, kumpulan nasyid yang 10 kali berturut-turut memenangi gelaran Penyanyi Nasyid Popular sejak 2001 hingga 2010 pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian, RABBANI pernah menghasilkan lagu ‘Mahabbah’ di dalam sebuah album judul sama.


Terkini, siapa jangka mereka dijodohkan menjadi wajah kepada syarikat pelancongan yang juga berrnama  The Mahabbah’ dalam program ‘Journey & Experience’ Umrah Ramadan bersama Rabbani.’




Ya, sempena bulan Ramadan tidak lama lagi, dengan bermulanya penganjuran Bufet Iftar Bersama Rabbani & Friends’ di Ruang Rama dari 4 hingga 26 Mac 2025, mereka  yang  memilih berrbuka puasa di destinasi acara terbaharu di Petaling Jaya itu bukan sahaja berpeluang menikmati juadah  enak tetapi halwa telinga dibuai alunan lagu-lagu nasyid seperti ‘Intifada’ dan sebagainya dari kumpulan Rabbani.


Lebih menarik lagi. dengan kerjasama agensi pelancongan Mahabbah, majlis pelancaran yang memperkemalkan Bufet Iftar Bersama Rabbani & Friends’ di Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah untuk semua tetamu yang hadir di mana yang bertuah berpeluang memenangi pakej Umrah percuma dan percutian pelayaran Star Cruise.


Pemenang bertuah akan diumumkan pada 27 Mac 2025. Wow!  Siapa agaknya yang bertuah tu… jika ada rezeki.. alhamdullilah!


Sebagai simbolik kepada bakal pemenang, Mahabbah menampilkan penyanyi Datuk Ifa Raziah sebagai salah seorang ‘pemenang’ utama yang diberikan pakej umrah berserta bagasi di mana khabarnya Ifa bakal menunaikam umrah pada bulan Ramadan ini.



Apa pun, yang penting Ruang Rama menawarkan  harga mesra poket iaitu RM89 bagi dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak. 


Namun, bagi mereka yang membuat tempahan awal antara 12 hingga 25 Februari 2025, harga istimewa ditawarkan pada kadar RM79 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. Harga tidak termasuk SST 8%. 


“Ini adalah peluang bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baharu ini bersama Ruang Rama,” ujar Pengurus dan anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 51, pada majlis pelancaran Bufet Iftar Bersama Rabbani & Friends di Ruang Rama berkenaan baru-baru ini.



Turut hadiri memeriahkan majlis adalah beberapa nama besar dalam industri hiburan, termasuk Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, ahli kumpulan Popshuvit, Bunkface, Ayu Damit dan ramai lagi termasuk Datuk Aishah yang dijemput senagai penyanyi jemputan.


Menurut Azadan pihaknya teruja untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman istimewa ini pada bulan Ramadan di mana mereka akan menghiburkan pengunjung berbuka puasa serta mengazankan waktu Maghrib seraya menjadi Imam sewaktu solat.


Kumpulan nasyid terkenal ini akan membuat persembahan sepanjang Ramadan bermula 4 Ramadan hingga 27 Ramadan, menawarkan pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga menyentuh jiwa.



Lebih kurang. 400 tetamu keseluruhannya yang hadir bersama, menjadikan majlis ini titik permulaan yang berkesan untuk Ruang Rama sebagai destinasi pilihan acara di Lembah Klang.


Bufet Iftar yang disedia menampilkan pelbagai hidangan tradisional serantau yang autentik, memberikan pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya dan cita rasa tempatan.



Juga disediakan ‘live station’ dengan masakan ikan bakar, char kuew teow, satay dan pelbagai lagi termasuk kuih muih lazat serta ais krim untuk menyejukkan tekak, sesuai untuk kanak-kanak mahu pun dewasa.


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi talian +6012 2305783 atau tekan LINK INI untuk tempahan.




#RuangRama #BufetIftarRabbani&Friends #Ramadan #Mahabbah #Intifada #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan