FIPPER X BAYU SOMERSET: SELESA LAGI BERGAYA!
DUA jenama tempatan, Fipper dan Bayu Somerset, bergabung tenaga buat pertama kalinya untuk melancarkan koleksi kasut eksklusif yang mengutamakan keselesaan dan gaya.
Fipper, terkenal dengan selipar getah ikoniknya, dan Bayu Somerset, yang dikenali dengan rekaan fesyen berani, mempersembahkan kolaborasi ini sebagai satu usaha mengangkat jenama Malaysia ke peringkat global.
Koleksi ini bukan sekadar gabungan nama, tetapi satu manifestasi kreativiti dan inovasi, menawarkan kasut dengan reka bentuk tapak (sole) baharu yang ergonomik untuk memberikan sokongan maksimum.
Direka khas bagi kegunaan harian, koleksi ini amat sesuai untuk mereka yang merancang perjalanan ‘balik kampung’ atau menghadiri perjumpaan keluarga sempena musim perayaan.
Selain itu, koleksi ini turut memperkenalkan rekaan bercetak pertama daripada Fipper, dengan corak dan palet warna yang diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya Malaysia.
Gabungan warna berani dan motif unik mencipta keseimbangan antara elemen tradisional dan moden, membuktikan bahawa kasut harian juga mampu tampil menarik tanpa mengabaikan keselesaan.
Kolaborasi ini dilihat sebagai satu langkah untuk mengisi kekosongan dalam fesyen perayaan, di mana perhatian sering tertumpu pada pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu, tetapi keperluan kasut yang praktikal dan bergaya jarang diberi tumpuan.
Dengan Ramadan dan Raya yang bakal tiba, Fipper dan Bayu Somerset berharap koleksi ini menjadi pilihan utama mereka yang mahu tampil selesa dan bergaya ketika mengunjungi sanak saudara.
Menurut Ketua Pemasaran Fipper, Fadila Aziz, kerjasama ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi meraikan bakat serta inovasi tempatan.
Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul, turut menekankan bahawa keselesaan adalah kunci utama dalam setiap rekaan mereka, terutama apabila pelanggan perlu bergerak aktif sepanjang musim perayaan.
Kedua mereka ditemui pada majlis pelancaran Fipper X Bayu Somerset di KL Eastt Mall baru-baru ini.
Koleksi eksklusif Fipper x Bayu Somerset boleh didapati mulai 26 Februari 2025 lalu di semua cawangan Fipper di seluruh negara serta secara dalam talian di laman rasmi www.fipperslipper.com.my dan www.bayusomerset.com.
#Fipper #BayuSomerset #FesyenBerani #KasutEksklusif #KLEastMall #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan