Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GENERASI MUDA GAYAKAN HARUMAN GAHARU ROYAL OUD MALAYSIA



AROMA
gaharu yang eksklusif dan mewah kini mendapat tempat di pasaran global dengan pelancaran rasmi minyak wangi Royal Oud, produk terbaharu daripada jenama Royal Scent Malaysia baru-baru ini.


Majlis perasmian yang berlangsung di Shaftsbury Mall, Presint 1, Putrajaya disempurnakan oleh Tengku Hishammuddin Zaizi dalam satu acara penuh prestij yang menarik perhatian pencinta haruman, usahawan tempatan, serta pakar industri kecantikan dan gaya hidup.


Antara yang hadir termasuk selebriti tempatan seperti Maya Karin dan Ashraf Muslim.


Minyak wangi gaharu telah lama dikenali sebagai bahan wangian paling bernilai di dunia, dan Malaysia merupakan antara pengeluar utama gaharu berkualiti tinggi.



Keunikan gaharu tempatan terletak pada aromanya yang lebih kaya, mendalam, dan tahan lama berbanding gaharu dari negara lain seperti India, Vietnam, atau Kemboja. 


Faktor seperti iklim tropika, kesuburan tanah, dan kaedah penanaman yang mampan menjadikan gaharu Malaysia sebagai pilihan utama dalam industri minyak wangi mewah.


Pelancaran Royal Oud bukan sekadar memperkenalkan haruman gaharu Malaysia kepada dunia, tetapi lebih istimewa, menandakan satu langkah besar dalam memperkukuhkan gaharu Malaysia sebagai ‘emas hitam’ dunia wangian.


Memang tepat sekali apabila ditampilkan barisan peragawan dan peragawati muda mempersembahkan Royal Oud dalam gaya outfit serba hitam, siri AMO jenama HFA rekaan Hazfirazman.


PENTAS peragaan kini diterokai generasi model muda-muda,


Runway pertunjukan fesyen dan Royal Oud bertambah seri dengan penampilan model-model dalam jubah kaftan warna warni rekaan Maswira Majid.


Menariknya dapat dilihat barisan peragawan dan peragawati tergolong daripada generasi muda daripada serendah usia belasan tahun hingga 20-an di mana antaranya yang baharu sahaja dilihat berlakon filem pertamanya, “Strike: Silat Cult Master’ adalah Iqbal Riezky berusia 14 tahun.


Seperti yang dilaporkan Iqbal meminati bidang lakonan dan ‘modelling’ dan akan terus menceburi kedua-dua ‘hobinya’ itu di masa lapang tanpa mengabaikan komitmennya terhadap pelajaran. 


(Baca lanjut di LINK INI).


BELLE (kiri), Qiss (atas kanan) dan Iqbal (tengah, bawah) ketika memperagakan fesyen dan produk Royal Scent baru-baru ini.


Bagaimana pula dengan dua rakannya yang bersama terlibat dalam dunia ‘modelling’ di usia muda seperti adik Nur Ilyasha Qistina Azmi, 15, mahu pun Belle Lwin, 20.?


“Saya mula menjadi model sejak berusia 6 tahun ketika memasuki pertandingan Ratu Cilik Kebaya di Plaza Shah Alam anjuran Yann Riff,” cerita Qisstina atau lebih mesra disapa Qiss atau pun Yasha Qiss, nama yang digunakan untuk platform sosial medianya.


Menurut Qiss, sebelum itu, dia pernah menjadi seorang anak yang pasif dan takut kepada orang sekeliling gara-gara terlibat dalam kemalangan jalan raya pada usia 4 tahun.


“Tetapi lama-kelamaa setelah banyak terlibat sebagai model cilik saya  merasakan bidang itu secocok dengan diri,” tambah Qiss.


Adik Qiss juga banyak  memenangi pertandingan-pertandingan samada berkonsepkan modelling ataupun ratu cantik.  


Kemenangan yang terbesar yang telah  diperoleh ialah ketika mewakili  Malaysia di Vietnam iaitu Grand Winner Miss Pre Teen International 2022 selain memenangi Gold Medal dalam kategori Junior Modal di World Championship of Performing Arts (WCOPA 2020).


Tidak syak lagi, gadis yang bercita-cita menjadi seorang usahawan berjaya disamping terus relevan dalam bidang modelling ini sentiasa bersedia untuk belajar sesuatu yang lebih berprestij


Sebagai langkah awal  untuk menjadi pengusaha yang berjaya Qistina juga telah mengeluarkan produk  pewangi sendiri dibawah label IQis Inspire.




Sebagaimana Qiss berusaha untuk meninggalkan tanda positif pada komuniti dan menjadi idol kepada semua remaja dan rakan sebaya di luar sana, begitu juga Belle.


Menyertai barisan model memperagakan Royal Oud memberinya peluang untuk mengembangkan bakatnya apatah lagi majlis gilang gemilang pelancaran dihadiri jemputan orang kenamaan.


Berusia 20 tahun, Belle yang kini merupakan seorang pelajar dalam jurusan psikologi di sebuah universiti menyertai bidang peragaan sejak tahun 2007.


“Sebelum menceburi bidang ini, saya selalu rasa tidak yakin dengan penampilan diri dan perkara yang paling saya benci apabila tidak dihargai,” akui Belle.


Pun begitu kata Juara Carian Supermodel Global 2024 (kategori dewasa) ini, rakan-rakannya dalam industri peragaan sentiasa membuatkan dirinya bermotivasi sekali gus mampu meningkatkan keyakinan baginya menyumbang kepada komuniti.


“Impian saya adalah untuk menjadi psikologi undang-undang untuk membantu orang yang memerlukan dan membela mereka. Dan matlamat saya adalah untuk mempunyai pembiayaan yang mencukupi supaya saya boleh membuka perkhidmatan di mana saya akan menawarkan kaunseling percuma kepada orang lain yang tidak bernasib baik,” tambah Bella yang mula berjinak-jinak dalam dunia peragaan sejak usia 7 tahun.


Dengan sentiasa aktif beliau yakin dapat membahagikan masanya sebagai seorang pelajar serta model sambilan apabila diperlukan.


"Ia tidak menggangu waktu pembelajaran saya malah meningkatkan lagi semangat saya untuk terus membantu komuniti sekali gus membantu mempromosikan produk-produk tempatan khususnya yang berkait dengan gaya hidup seharian," akhirinya.


Pendek kata, baik Iqi, Qiss mahu pun Belle, mereka adalah contoh terbaik kepada anak-anak muda generasi sekarang memenuhi masa lapang waima sambil menimba pengalaman boleh juga hasil yang diperoleh menjadi simpanan buat masa hadapan yang lebih cemerlang.


DARI kiri: Iqi, Qiss dan Belle.


Bukan calang-calang orang yang boleh 'catwalk' sambil diri mereka disaksikan ribuan mata memandang jika tidak ada keyakinan diri untuk berdepan apa jua rintangan dan cabaran apatah lagi dalam usia muda.


Sebagaimana  simbol kemewahan dan warisan negara yang ditampilkan haruman  Royal Oud untuk menakluk pentas dunia, begitu juga rasanya harapan yang diimpikan Iqi, Qiss dan Bella mengikut kata pepatah, ‘sambil menyelam, minum air. 


Tak gitu? Tahniah semua!



#RoyalScent #RoyalOud #Gaharu #Pewangi #TengkuHishammudinZaizi #Fesyen 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan