'INDAHKAN MEMORI' PILIHAN TV3, TV9, TONTON SAMBUT KEMPEN RAMADAN RAYA 2025!
MENYAMBUT keberkatan Ramadan dan kemeriahan Syawal, TV3, TV9, dan Tonton melancarkan kempen Ramadan Raya 2025 (RaRa 2025) dengan tema ‘Indahkan Memori’, mengajak rakyat Malaysia menghargai setiap detik berharga bersama keluarga dan orang tersayang.
Kempen ini menekankan nilai kebersamaan, ukhuwah, dan kasih sayang yang terjalin sepanjang bulan mulia dan perayaan yang bakal tiba, dengan setiap momen menjadi lembaran memori terindah.
Pelancaran kempen yang berlangsung di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur, diserikan dengan kehadiran personaliti TV3, Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan sebagai pengacara.
Suasana meriah dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Eirma Fatima, Amir Ahnaf, Puteri Balqis, Ummi Nazeera, Aqasha, Siti Hariesa, Dato' Adi Putra, Jazmy Juma, Fedtri Yahya, Amira Othman, Dayah Bakar, dan Fasha Sandha.
Dengan tajaan Gardenia NuMee, pelbagai aktiviti interaktif, hidangan istimewa, dan hadiah menarik memeriahkan acara.
Fasha Sandha turut memukau hadirin dengan sesi memasak istimewa bersama NuMee, serta memberikan duit raya eksklusif.
Peminat pelanggan Tonton yang hadir turut berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti TV Samsung 65” dan baucar tunai NuMee, serta beramah mesra dengan selebriti kegemaran.
Kempen ‘Indahkan Memori’ ini diperkuat dengan kehadiran ‘Friends of RaRa’, yang terdiri daripada selebriti popular seperti Fasha Sandha, Aidil Aziz, Aisha Amaira, Farah Nabilah Wazer, Naz Rahman, Fatin Hamimah, dan Amirulhakim Lokman.
Pemilihan mereka bertujuan mengimbau kenangan manis bersama Media Prima, serta berkongsi pengalaman Ramadan dan Raya yang penuh makna.
Acara pelancaran turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Senario, Zahid dan Shiha Zikir, Jimi, serta Ernie Zakri dan Hariz Fahayet.
Fahimi Rahmat mempersembahkan lagu rasmi RaRa 2025, ‘Raya Pop Pop’, ciptaan Yusuff Khan, Adam Armin, dan Adly Kiddy.
Sepanjang Ramadan dan Syawal, penonton akan dihiburkan dengan pelbagai program menarik merangkumi rancangan inspirasi, bual bicara, hiburan, gaya hidup, drama, dan siri mini.
Antara program yang bakal menemui penonton adalah Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz: Diari Muslim, Sembang Sahur, Bukan Sekadar Lafaz 2, Keluarga Itu, dan Teratak Kasih Salina.
RaRa 2025 menjanjikan pengalaman Ramadan dan Syawal yang sarat dengan memori indah dan hiburan berkualiti untuk seluruh rakyat Malaysia.
#RaRa2025 #FriendsOfRaRa #IndahkanMemori #GardeniaNuMee #ForYouPage
Tiada ulasan:
Catat Ulasan