IQBAL RIEZKY KEJAR GLAMER, MAHU SEHEBAT SYAFIQ KYLE, FILEM 'STRIKE' LANGKAH SULONG!
DALAM usia masih remaja, pelakon cilik Iqbal Riezky Muhamad Haikal, 14, boleh dikatakan masih ‘rendah’ untuk mencapai awan yang tinggi waima bercita-cita untuk menjadi seorang ‘pilot’ atau juruterbang,
Pun begitu, merancang ke arah masa depnnya itu, Iqbal atau lebih mesra disapa Iqi mahu meletakkan harapannya terlebih dahulu dalam bidang lakonan dan 'modelling'.
Sehubungan itu, kejayaannya terpilih memegang watak Izra sewaktu kanak-kanak dalam filem ‘Strike: Silat Cult Master’ yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 13 Februari ini ibarat 'bulan jatuh ke riba'. Itulah pintu rezeki buat Iqbal Riezky.
“Inilah filem pertama saya dan saya rasa puas dan seronok apabila dapat mempelajari seni mempertahankan diri seperti 'Silat' selama dua minggu sebelum penggambaran bermula,” cerita Iqi teruja sewaktu ditemui pada majlis Malam Gala Filem ‘Strike:Silat Cult Master’ yang berlangsung di GSC Starling Mall baru-baru ini.
Terbitan Katana Filem arahan penerbitnya, Mallony Lee, ‘Strike: Silat Cult Master’ membariskan antaranya pelakon baharu, Juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer bersama rakan finalisnya, Azri Saifix, Fify Azmi, Jay Iswazir, Muhammad Lokman, Trisha Ooi dan Ayez Shaukat.
Turut berlakon Seelan Manoheran, Manvin Khera dan Colleen Augustin, menjadikn “Strike’ sebuah filem Malaysia yang dibintangi pelakon pelbagai bangsa.
“Saya melakonkan watak Izra (lakonan Aiman) sewaktu kecil,” cerita Iqi yang juga bergiat aktif sebagai ‘model cilik’.
Anak ketiga daripada empat beradik yang dibesarkan oleh serong ibu tunggal ini berharap pembabitan kali pertama di dalam filem akan memperkembangkan lagi bakatnya yang mendalam terhadap bidang lakonan.
![]() |
IQI bakal berlakon dalam filem Syamsul Yusof, mahu terkenal dan hebat seperti idolanya, Syafiq Kyle. |
"I want to be famous," katanya tepat dalam bahasa Inggeris.
Menurut pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan ini, beliau berharap dapat menjadi seorang model dan pelakon terkenal membawakan watak ‘hero’ yang penuh aksi tak kira baik atau pun watak antagonis sekali pun.
Melalui filem ‘Strike’ Iqi memaklumkan, adegan paling mencabar dirinya apabila berlari di dalam hutan pada jam 2 pagi dalam hujan buatan.
“Pengalaman itu akan menjadi kenangan yang tidak boleh saya lupakan malah mengajar saya erti ketahanan dan perjuangan apatah lagi melihat ‘ibu’ (lakonan Trisha Ooi)) dibunuh di depan mata,” kenang Iqi sekali gus dapat disimpul melalui karakternya terserlah bayangan seorang anak yang akan terus berjuang demi membantu ibu kandungnya yang bekerja keras menyara empat beradik dari usia 21 hingga 11 tahun.
![]() |
IQI bersama seorang lagi pelakon cilik, Mirza dalam 'Strike'. Foto: Zaman. |
Walapun waktu terluangnya dihabiskan dengan kerjaya lakonan mahu pun ‘modelling’, Iqi tidak lalai dalam pelajaran bahkan memperoleh kedudukan nomber tiga dalam kelasnya.
“Saya ada luangkan masa belajar tuisyen dan tidak ketinggalan ulangkaji pelajaran. jadi urusan berlakon dan menjadi model tidak menggangu pembelajaran,” Iqi jamin.
Melalui watak Izra sewaktu kanak-kanak dilihat lakonannya menyerlah dan penulis yakin masa akan mengubah kehidupan pelakon cilik ini setanding dan sebaris pelakon sebayanya terdahulu seperti antaranya, Aedy Ashraf mahu pun Fimie Don yang kini masih aktif.
![]() |
IQI bersama abangnya, Mustaqim yang turut aktif dalam lakonan teater. |
Malah penampilannya yang mempunyai ‘pakej’ seorang pelakon popular bergaya tidak syak lagi boleh membawa rezeki pada Iqi meniti usia dewasa sekali gus mencapai cita-citanya mahu menjadi pelakon terkenal Malaysia mahu pun ke peringkat antarabangsa sekali gus menerokai angkasa sebagai 'pilot'.
'Strike: Silat Cult Master' berkisar tentang dunia pertarungan bawah tanah (underground), di sebalik kisah seorang lelaki mencari pembunuh ibunya dan bergabung dengan beberapa individu lain untuk menentang sebuah kumpulan yang kejam.
![]() |
MALLONY (tengah) bersama barisan pelakonnya. |
Menurut pengarahnya, Mallony, dia memilih silat untuk diangkat dalam naskhah berkenaan kerana ia adalah salah satu cara untuk mempromosikan budaya Malaysia menerusi filem.
“Walaupun ada pelbagai seni mempertahankan diri, namun saya melihat silat ini lebih berunsur heroik dan kaya dengan sejarah yang tersendiri,” ujarnya.
Dengan gabungan elemen silat dan fiksyen moden, Mallory menjelaskan dia melihat filem Strike: Silat Cult Master ini sebagai satu perubahan trend dalam filem aksi di Malaysia.
“Ini bukan sekadar filem seni mempertahankan diri semata-mata, tetapi juga sebuah usaha untuk membuka lembaran baharu dalam industri perfileman di Malaysia.
“Saya harap ia menjadi pencetus kepada trend baharu yang mampu memartabatkan silat di peringkat antarabangsa dan mengubah persepsi penonton terhadap seni mempertahankan diri ini,” akhiriya.
Nak menyaksikan kehebatan aksi pelkon-pelakon baharu sepert Iqi, Aiman atau pun Azri dan lain-lain, tandakan kalendar anda pada 13 Februari ini dan lihat hasilnya.
Yang pasti lakonan mantap Jay Iswazir tidak syak lagi menghidupkan jalan cerita 'Strike: Silat Cult Master' keseluruhannya.
Tepuk dada tanya selera tontonan anda!
#StrikeSilatCultMalaysia #KatanaFilem #IqbalRiezkyMuhammadHaikal #Aksi #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan