Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI BUFET ISTIMEWA CITA RASA LEXIS, ADA GERAI 'JALAN DORAISAMY'!


SEMPENA
menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, Imperial Lexis Kuala Lumpur mengundang para tetamu untuk menikmati Bufet Istimewa Cita Rasa Lexis di Roselle Coffee House, baru-baru ini.


Menggabungkan kekayaan warisan kulinari Malaysia dengan pengalaman menjamu selera bertaraf lima bintang, bufet ini menjanjikan satu perjalanan rasa yang memikat selera.


Baru-baru ini Kak Fas dijemput untuk menikmati terlebih dahulu hidangan yang diperkenalkan dalam Bufet Istimewa Lexis Kuala Lumpur di Roselle Coffee House terletak di Tingkat 8 hotel tersebut.



Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas menjejakkan kaki ke hotel  bertaraf lima bintang ini dan apa yang Kak Fas boleh simpulkan dalam satu ayat meminjam kosa kata Inggeris ialah ‘You name it, They’ve got it’ yang dalam erti kata lain ‘anda namakan sahaja apa, mereka menyediakannya’.


Malah ini pertama kali juga Kak Fas bertemu dengan Sarah Lee, selaku Ketua Pengoptimuman Digital & Perhubungan Media, Lexis Hotels & Resorts Sdn Bhd yang mana selama ini hanya berhubungan melalui emel sahaja.


Dan seperti yang Kak Fas bayangkan Sarah memang seorang pegawai perhubungan awam yang mesra  walau pun pertama kali berkenalan tetapi seperti dah lama berjumpa.


Lembut tutur kata orangnya… terima kasih Sarah kerana menjemput Kak Fas.



Melihat pada ‘ambience’ Roselle Coffee House serta aturan bufet yang disediakan ternyata membeikan satu rasa ‘eksklusif’ dan tenang menjamu selera apatah lagi untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.


Bufet istimewa Ramadan bertemakan ‘Cita Rasa Lexis’ akan berlangsung dari 3 hingga 26 Mac 2025, setiap hari bermula 6:30 petang hingga 10:00 malam. 


Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai sajian autentik yang memikat selera, termasuk Bubur Lambuk, Nasi Biryani, Gado Gado, Rendang Daging serta Kambing Panggang yang menjadi tumpuan utama. 



Selain itu, bufet ini turut menawarkan hidangan laut segar seperti udang harimau, kupang New Zealand, dan lobster bayi, disertai pelbagai pencuci mulut dan minuman yang melengkapkan pengalaman kulinari ini.


Lebih daripada sekadar hidangan lazat, Bufet Istimewa Cita Rasa Lexis mengajak tetamu untuk merasai semangat kebersamaan sepanjang bulan mulia ini. 


Dengan suasana elegan dan hidangan yang disediakan rapi, ia sesuai untuk perjumpaan keluarga, majlis korporat, atau makan malam santai bersama rakan-rakan.



Menariknya, setiap ruangan hidangan diberikan tajuk menarik antaranya seperti ‘Selera Sepanjang Zaman’, ‘Timur Bertemu Barat’, ‘Citarasa Tradisi’, ‘Nelayan Malaysia’, ‘Ciptaan Terhebat Mamak’, ‘Penangan Barat’ hingga ke  ‘Jalan Doraisamya’ yang terkenal dengan Air Batu Campur, Cendul dan sebagainya.


Dengan adanya nama ‘gerai’ terbabit ia memudahkan anda menuju ke hidangan yang menepati cita rasa selera lebih cepat.. 


Kak Fas syorkan sebaiknya bila sampai sahaja elok lah pusing terlebih dahulu untuk kenal pasti apa yang diinginkan dan selepas itu mudah untuk tuju sahaja ke hidangan yang teringin.


Bagi Kak Fas selalunya bila berbuka puasa harus mencari air, buah-buahan dan kuih muih terlebih dahulu. Dan melihat pada banyaknya pilihan yang tersedia.. pinau pula mata memandang, nak sahaja pilih semua tetapi apa kan daya.. mana larat kan?



Mata Kak Fas tertumpu pada kuih tradisional iaitu putu piring… memang sedap tetapi kalau lebih panas lebih sedap… mungkin jika ada 'live station' untuk masak putu piring lagi menarik... makan panas panas.


Apa pun. Kak Fas percaya pelbagai hidangan yang tersedia menepati selera semua bahkan ada juga menyediakan ‘dim sum’ untuk yang suka masakan ringan begini.



Bufet ini ditawarkan pada harga RM199 bersih bagi dewasa, manakala RM120 bersih untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun. 


Tawaran istimewa turut disediakan untuk pembelian awal — para tetamu boleh menikmati bufet ini pada harga RM169 bersih bagi dewasa jika membuat tempahan sebelum 28 Februari 2025.


Dengan tempat duduk yang terhad, tetamu digalakkan membuat tempahan awal untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang menikmati pengalaman kulinari eksklusif ini.



Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila WhatsApp +6010 784 0176 atau e-mel eat@imperiallexiskl.com


Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman rasmi Imperial Lexis Kuala Lumpur  atau nak cepat klik DI SINI.


Dan jangan lupa ikuti Imperial Lexis Kuala Lumpur di Instagram, Facebook, TikTok dan RED (XiaoHongShu) untuk perkembangan terkini.



#ImperialLexisKualaLumpur #BufetIstimewaCitaRasaLexis #Ramadan #Makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan