URBAN REPUBLIC LANCAR ZON AI GOOGLE ANDROID BANTU FAHAMI CARA GUNA!
URBAN Republic kini membawa pengalaman teknologi kecerdasan buatan (AI) ke tahap baharu dengan pelancaran zon interaktif Google Android AI di beberapa cawangan terpilih.
Zon ini memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri kehebatan AI Google menerusi peranti Android terbaik di pasaran, sambil mempelajari cara menggunakannya secara lebih efektif dalam kehidupan seharian.
Menurut Li, Pengarah CG Computers, pihaknya teruja untuk membawa pengetahuan AI serta pengalaman secara langsung kepada pengguna.
Langkah ini bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan pelanggan mengenai potensi besar AI Google dalam kehidupan seharian. Dengan matlamat menjadikan teknologi lebih mudah diakses oleh semua peringkat umur dan latar belakang.
"Urban Republic turut berusaha membantu pengguna mengintegrasikan AI dengan lancar dalam rutin harian mereka," ujar Li pada majlis memperkenalkan teknologi Gemini di pusat-membeli-belah MyTown baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Urban Republic akan menganjurkan beberapa bengkel interaktif di kedai terpilih, termasuk kerjasama dengan jenama seperti Samsung dan Google Pixel.
Pelanggan boleh berinteraksi secara langsung dengan pakar Google Android di dalam kedai atau melalui acara khas bagi mendapatkan demonstrasi teknologi AI yang ditawarkan.
Melalui aktiviti ini, peserta berpeluang untuk mempelajari cara menggunakan teknologi AI Google secara berkesan pada telefon pintar Android mereka.
Beer Wanwisa Mingjaroen, Ketua Perkongsian Android Google bagi Asia Tenggara, menyatakan bahawa pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Urban Republic dalam membawa keajaiban teknologi AI Google kepada pengguna.
Beliau menekankan bahawa kerjasama ini bukan sahaja memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelanggan tetapi juga membantu mereka memahami bagaimana AI boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti, mengembangkan kreativiti, dan membuat keputusan yang lebih baik.
Pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi AI Google Gemini boleh mengunjungi cawangan Urban Republic berhampiran.
Antara peranti yang menyokong teknologi AI Google termasuk Google Pixel, Samsung, Oppo, Vivo, dan Honor.
Urban Republic bukan sekadar peruncit, tetapi juga sebuah komuniti yang terdiri daripada inovator, peminat teknologi, dan pakar dalam industri.
Dengan misi untuk “melakukan kebaikan, menjadi lebih baik, dan mencipta sesuatu yang baik,” syarikat ini terus komited dalam menyediakan teknologi bertaraf dunia serta pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini dunia teknologi, pengguna boleh melayari laman web rasmi Urban Republic di www.urbanrepublic.com.my.
#UrbanRepublic #GoogleAI #Gemini #AndroidAI #SndroidGoogle #Tech #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan