Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

168 PARK MALL SELAYANG KONGSI 'RASA REZEKI BERSAMA' RAI AIDILFITRI


MENJELANG
sambutan Hari Raya Aidilfitri, 168 Park Mall Selayang mempersembahkan kempen perayaan sulungnya, “Rasa Rezeki Bersama”, yang berlangsung sepanjang bulan Mac, dari 1 hingga 30 Mac 2025. 


Berinspirasikan semangat kebersamaan dan keberkatan rezeki, kempen ini menggabungkan tradisi, budaya, dan elemen komuniti untuk membawa pengalaman Raya yang bermakna kepada para pengunjung.


“Walaupun kita datang dari latar belakang berbeza, nilai-nilai ini bersifat universal. Musim perayaan ini adalah peluang terbaik untuk kita bertumbuh, berkongsi, dan meraikan kegembiraan bersama,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif 168 Mall Selayang, Edward Lum (gambar bawah, kiri) pada majlis pelancaran kempen ‘Rasa Rezeki Bersama’ di pusat membeli-belah tersebut baru-baru ini.



Turut bersamanya Pegawai Kewangannya, Tan Yong Hong.


Majlis pelancaran telah dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi terkenal Malaysia, Naim Daniel dan kumpulan Naungan, di samping tarian tradisional yang memukau penonton. 



Mengangkat semangat "Rezeki", yang melambangkan keberkatan dan kemakmuran yang dikongsi bersama, acara ini turut menampilkan sesi berbuka puasa (iftar) khas bersama 38 orang anak-anak dari Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, bagi mencipta suasana kebersamaan yang penuh bermakna.



Sambutan ini menjadi satu titik ukur penting bagi 168 Park Mall Selayang, bukan sekadar sebagai destinasi gaya hidup baharu, tetapi juga sebagai pusat yang menghargai tradisi, budaya, dan semangat komuniti. 


168 Park Mall Selayang turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan berterusan mereka.


“Tanpa anda, mustahil bagi kami untuk menganjurkan acara-acara indah seperti ini. Kami amat berterima kasih atas kehadiran anda dan berharap untuk mencipta lebih banyak momen bermakna bersama sepanjang musim perayaan ini,” tambah Edward.



Dengan pelbagai aktiviti dan pengalaman membeli-belah yang menarik itu,  kempen "Rasa Rezeki Bersama" mengajak pengunjung untuk menyelami kemeriahan Raya—melalui hiasan yang memukau, memadukan elemen estetika Maghribi yang berwarna-warni dengan suasana desa yang nostalgik — mencipta latar sempurna untuk merakam memori indah musim perayaan.


Bagi mereka yang ingin membuat persiapan Raya, Bazaar Raya di ruang legar pusat beli-belah menawarkan pelbagai barangan keperluan — dari busana tradisional, juadah istimewa, hiasan rumah, hingga hadiah perayaan. 


Dalam masa yang sama, pengalaman unik “Iftar @ Kampung 168” di Bigfoot Area membawakan suasana berbuka puasa ala kampung, di mana pengunjung boleh menikmati hidangan secara berkelah di atas tikar dalam suasana mesra dan harmoni.



Kempen ini turut dihangatkan dengan pelbagai aktiviti hujung minggu bermula 7 Mac hingga 6 April, termasuk bengkel interaktif seperti Lukisan Kaca dan Anyaman Ketupat, serta persembahan seni tradisional seperti Caklempong dan muzik Ghazal — menawarkan hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.


Bagi mereka yang gemar membeli-belah, kempen “Rasa Rezeki Raya Shopping” yang berlangsung dari 15 hingga 30 Mac memberikan ganjaran istimewa kepada pengunjung. 


Mereka yang berbelanja minimum RM168 dalam satu resit berpeluang menerima beg eksklusif edisi terhad Raya, manakala pembelian RM268 melayakkan mereka menerima kuali 20cm serta sampul duit Raya eksklusif.


Kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam kemeriahan ini menerusi pertandingan mewarna “Karya Rezeki” pada 22 Mac, di mana mereka berpeluang memenangi hadiah berjumlah keseluruhan RM600. 


SELEPAS Naim Danial, Iman Troye akan menghiburkan pengunjung 22 Mac ini.


Pada hari yang sama, pentas utama akan dihangatkan dengan Konsert “Rentak Rezeki”, menampilkan persembahan bertenaga daripada Iman Troye, dikemudikan oleh pengacara Hazeman Huzir, serta diserikan lagi dengan tarian Zapin dan edaran dodol percuma kepada para pengunjung.


Bagi meraikan semangat Aidilfitri yang penuh keikhlasan, 168 Park Mall Selayang turut berkolaborasi dengan Lions Club of KL Capital untuk menganjurkan kempen derma darah pada 5 dan 6 April, menggalakkan orang ramai untuk berkongsi rezeki dengan cara yang paling bermakna — memberi kehidupan kepada mereka yang memerlukan.


Para pengunjung dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun sepanjang minggu-minggu menjelang Aidilfitri, sambil menikmati suasana yang penuh kemesraan dan kehangatan.


Jom sertai "Rasa Rezeki Bersama" dan alami kemeriahan Hari Raya di 168 Park Mall Selayang, yang terletak di Persiaran 3, Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. 


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di Instagram, TikTok, dan Facebook: @168ParkMall atau klik DI SINI,



#168ParkMallSelayang #RasarRezekiBersama #NaimDanial #ImanTroye #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan