Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMANDA PUTRAJAYA SANTUNI KANAK-KANAK YAYAKEM!


SELEPAS
menyaksikan majliis pelancaran sambutan Hari Raya yang spektakuler berinspirasikan keindahan Maghribi di Suria KLCC pada 14 Mac 2025 lalu (sila baca dan klik Di SINI), Kak Fas berkesempatan menyaksikan kesinambungan dekorasi seumpama di pusat membeli-belah di Alamanda Putrajaya pada semalam, 20 Mac 2025.


Iya, seperti Suria KLCC, Alamanda  Putrajaya turut membawa tema Maghribi dalam rona biru diraja dan emas di Centre Courtnya, menggabungkan elemen tradsional dan moden.



Bermula dari 7 Mac lalu hingga 6 April, pengunjung ke Alamanda Putrajaya boleh menikmati pelbagai aktiviti di mana pada hujung minggu dari 15 hingga 23 Mac, akan berlangsungnya persembahan Zapin dan Tarian Arab yang penuh warna-warni, diiringi muzik perayaan yang meriah.


VIKids juga berpeluang menyertai ’Moroccan Glass Painting’ pada hari Sabtu dan Ahad dalam tempoh tersebut. 



Majlis pelancaran yang berlangsung menyaksikan  program CSR Alamanda Putrajaya disempurnakan. dengan pemberian sumbangan Hari Raya kepada  lebih kurang 41 kanak-kanak dari rumah kebajikan YAYAKEM.


Mereka  yang berusia antara 9 hingga 12 tahun hadir ke Alamanda untuk menikmati pengalaman membeli-belah persiapan raya di mana mereka memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu yang ditaja oleh rakan niaga seperti Bata. 



Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ.


Penyerahan sumbangan diberikan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn Bhd., Dato Ir. Ts Izwan Hasli Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan serta Pengurus Besar Alamanda Putrajaya, Junaidy Jamaludin.


Turut hadir Naib Yang Dipertua YAYAKEM, Muhammad Hanafi Bin Jalalludin yang mana dalam ucapan ringkasnya meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan tersebut menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.



Dan bagi pengunjung pula sepanjang tempoh kempen raya, pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit di kedai khusus akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca. 


Mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima ganjaran sama serta e-Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM50. 


Dan bagi yang mahu beramal dan menambah pahala di bulan Ramadan ini, mereka boleh membeli ’Green Ribbon Pin’ yang dijual pada harga RM10 sepanjang kempen Hari Raya Alamanda bagi menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental oleh Kumpulan Suria KLCC, dengan hasil jualan disalurkan kepada NGO berkaitan.



“Sebagai pusat beli-belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti. 

"Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya mereka,”  ujar Francis Tan.












#AlamandaPutrajaya #SuriaKLCC #PutrajayaHoldings #KempenRaya 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan