Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERGAYA SANTAI DENGAN KASUT ANIME FIPPER X JUJUTSU KAISEN!


JENAMA
terkemuka dalam industri kasut, Fipper,
  sekali lagi mencuri tumpuan dengan pelancaran koleksi terbaharunya, Fipper x Jujutsu Kaisen, yang menggabungkan elemen fesyen dan dunia anime dalam satu rekaan eksklusif. 


Kolaborasi khas ini menampilkan edisi terhad yang hanya boleh didapati sempena musim perayaan Hari Raya 2025, menjadikannya satu koleksi yang dinanti-nantikan oleh peminat anime dan peminat setia Fipper.


Sebagai jenama yang sentiasa menginovasikan produk berkualiti tinggi, Fipper terus menggabungkan keselesaan dan gaya dalam setiap rekaannya. 


Dengan populariti Jujutsu Kaisen, siri anime yang telah mencetuskan fenomena global, kolaborasi ini dijangka menjadi antara koleksi paling laris tahun ini. 


Menariknya, Jujutsu Kaisen turut mempunyai hubungan istimewa dengan Malaysia apabila salah satu episodnya memaparkan rujukan kepada negara ini, khususnya di Kuantan, menjadikannya lebih dekat di hati peminat tempatan.



Menurut Ketua Pemasaran Fipper, Fadila Aziz, koleksi ini bukan sekadar gabungan fesyen dan anime, tetapi juga penghargaan kepada komuniti peminat Jujutsu Kaisen, terutamanya di Malaysia.


“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen kepada para peminat kami. Kami berharap koleksi ini bukan sahaja memenuhi keperluan dari segi keselesaan, tetapi juga membolehkan mereka mengekspresikan minat terhadap anime ini dengan penuh gaya,” katanya.


Koleksi khas ini memperkenalkan dua jenis produk utama yang direka khusus untuk keselesaan dan gaya. 


Pertama, Slip-On yang hadir dalam tiga warna eksklusif dengan reka bentuk diinspirasikan daripada dua watak ikonik, Gojo Satoru dan Geto Suguru, serta logo rasmi Jujutsu Kaisen. 


Rekaan ini bukan sahaja menampilkan gaya unik tetapi juga memberikan keselesaan optimum kepada pemakai. 



Kedua, Slipper dengan cetakan eksklusif yang menampilkan elemen seni Jujutsu Kaisen dalam rekaan moden. 


Sesuai untuk kegunaan harian, slipper ini direka untuk semua peringkat umur dan menjadi pilihan ideal bagi peminat anime yang ingin tampil bergaya sepanjang musim perayaan.


Setiap rekaan dalam koleksi ini dihasilkan dengan penuh teliti, menggunakan teknologi cetakan berkualiti tinggi bagi memastikan daya tahan dan ketahanan warna. 


Dengan penekanan pada perincian, Fipper memastikan setiap elemen visual daripada Jujutsu Kaisen terserlah dalam produk ini, menjadikannya bukan sekadar kasut biasa, tetapi juga koleksi eksklusif yang mencerminkan semangat anime yang digemari ramai.




Koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan hanya boleh didapati sepanjang musim Raya 2025. 


Ia kini tersedia di semua kedai Fipper serta secara dalam talian. 


Dengan permintaan tinggi dan edisi yang terhad, koleksi ini dijangka menjadi rebutan peminat dan pencinta fesyen anime.


Artikel berkaitan sila klik link INI.



#Fipper #JujutsuKaisen #Anime #Slipper #SlipOn #Kasut #FipperXJujutsu #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan