DOUBLEMINT LANCAR KEMPEN CSR 'KOSONG-KOSONG', PELUANG MENANG RM100 BERAKHIR HARI INI!


SEMPENA bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jenama gula-gula getah terkenal, Doublemint, melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan Kosong-Kosong Dengan Doublemint. 


Inisiatif ini bertujuan menyebarkan kesegaran serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, terutamanya ketika berbuka puasa dan perjalanan balik kampung.



Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pasukan Doublemint turun padang ke bazar Ramadan, kawasan rehat dan rawat (R&R), serta stesen LRT terpilih untuk mengagihkan pek gula-gula getah secara percuma. 


Usaha ini memastikan orang ramai dapat menikmati nafas segar selepas berbuka puasa, terutama ketika berada di tempat awam yang sesak.


Selain itu, Doublemint turut menjalinkan kerjasama dengan jenama makanan tempatan, HALO Doughnuts, bagi memperkenalkan donut eksklusif Pillough dengan inti serikaya lemon-pudina. 



Hidangan istimewa ini membawa kesegaran yang sinonim dengan Doublemint, menjadikannya pilihan sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Donat eksklusif ini hanya boleh diperoleh di kedai HALO Doughnuts di Gasket Alley, Petaling Jaya bermula dari 13 Mac sepanjang bulan Ramadan. 


Dalam usaha membantu rakyat Malaysia membuat persiapan balik kampung dengan lebih selesa, Doublemint turut menganjurkan pertandingan dari 10 hingga 16 Mac ini,  di mana 15 pemenang bertuah akan menerima Touch ‘n Go Charm bertemakan Raya dengan nilai isian RM100. 



Peraduan ini memberi peluang kepada pengguna untuk berkongsi memori yang mengeratkan silaturahim bersama orang tersayang melalui media sosial.


Pengurus Besar Mars Wrigley Asia Barat, Sean Jong, berkata kempen ini bukan sekadar memberi kesegaran fizikal tetapi juga menggalakkan hubungan yang lebih bermakna dalam kalangan masyarakat.


“Di Doublemint, kami percaya bahawa kesegaran di musim perayaan bukan hanya tentang nafas yang segar, tetapi juga mengenai permulaan baharu dan hubungan yang lebih erat. Kami mahu menjadi sebahagian daripada detik-detik istimewa rakyat Malaysia, sama ada ketika berbuka puasa, berkumpul bersama keluarga, atau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman,” katanya.


Dengan pelbagai inisiatif ini, Doublemint terus komited dalam memainkan peranan sebagai jenama yang bukan sahaja menawarkan kesegaran, tetapi juga membawa nilai kemasyarakatan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri. 


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengikuti laman Instagram Doublemint di @DM_Malaysia.



#Doublemint #CSR #TouchNGo #HaloDonut #KosongKosongDenganDoublemint

Tiada ulasan:

Catat Ulasan