Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN AJAK RAKYAT 'SERLAHKAN PERAYAAN MU' RAI AIDILFITRI!


AIDILFITRI
bukan sekadar tentang baju baharu dan juadah enak, tetapi juga tentang keyakinan diri dan meraikan keunikan setiap individu. 

Tahun ini, Guardian Malaysia membawa semangat itu ke satu tahap lebih tinggi dengan kempen khas bertemakan “Serlahkan PeRAYAan Mu”. 


Berpegang pada visi jenamanya, “Serlahkan Kecantikanmu. Utamakan Kesejahteraanmu.”, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk bukan sahaja mempersiapkan diri secara rohani dan fizikal, tetapi juga memberi tumpuan kepada penjagaan diri agar tampil berseri dan penuh keyakinan menjelang Syawal.


Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Priscilla Wu, Aidilfitri adalah masa untuk kegembiraan, kasih sayang, dan kebersamaan, tetapi ia juga merupakan momen untuk meraikan diri sendiri.



“Ini adalah waktu yang sempurna untuk berbangga dengan usaha yang anda lakukan untuk menjadikan sambutan ini istimewa—bukan hanya untuk keluarga anda, tetapi juga untuk diri anda sendiri! 


"Raikan diri anda yang terbaik bersama Guardian. Sebagai rakan yang dipercayai, kami di sini untuk membantu anda bersinar dengan keyakinan, kecantikan, dan kesejahteraan, supaya anda benar-benar dapat menyerlahkan Raya anda,” kata Priscilla (gambar bawah, dua dari kiripada majlis Berbuka Puasa dan pelancaran  filem muzikal Raya bertajuk, "Serlahkan PeRAYAan Mu dengan Guardian” yang berlangsung di POKOK, Lalaport baru-baru ini.



Filem ini berlatarbelakangkan pagi pertama Hari Raya, mengisahkan sebuah keluarga kecil yang ceria dan bagaimana mereka berkongsi rahsia tampil cantik dan sihat di hadapan tetamu — semuanya dengan bantuan Guardian.


Menariknya, filem ini menampilkan pelakon dan penyanyi muda berbakat, Alyssa Dezek, (gambar atas, 3 dari kiri) sebagai watak utama. 


Selaras dengan inisiatif #loveforlocal yang menyokong bakat tempatan, kehadiran Alyssa dalam kempen ini memberi mesej jelas bahawa setiap individu, tanpa mengira usia, berhak untuk tampil yakin dan berseri, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.


Kempen “Serlahkan PeRAYAan Mu” tahun ini juga menyaksikan kolaborasi eksklusif Guardian bersama jenama fesyen tempatan terkenal, Fiziwoo



Kerjasama ini meraikan keunikan budaya Malaysia melalui rekaan fesyen yang elegan dan bermakna. 

“Sama seperti kecantikan yang bersifat peribadi dan unik, fesyen juga mencerminkan identiti setiap individu. Dengan bekerjasama dengan pereka tempatan, kami mencipta ruang di mana kecantikan, keyakinan, dan budaya bersatu, membolehkan setiap individu benar-benar menyerlahkan kecantikan mereka dengan cara tersendiri,” tambah Priscilla.


Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, pelanggan yang membeli rekaan eksklusif Fiziwoo bernilai lebih RM150 akan menerima hadiah Raya istimewa daripada Fiziwoo serta produk Guardian yang terpilih.


Tidak hanya memberi tumpuan kepada kecantikan dan fesyen, Guardian Malaysia juga meneruskan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial melalui aktiviti amal. 


Dalam semangat Ramadhan, Guardian menyumbangkan hadiah Raya bernilai RM10,000 kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, menyebarkan kegembiraan dan semangat perayaan kepada mereka yang memerlukan.



Kak Fas dan rakan-rakan media serta bloggers turut diberikan baucer RM100 untuk memberi barang yang sesuai untuk diserahkan kepada anak-anak rumah Nur Qaseh itu di mana Kak Fas mendapat slip pembelian untuk kanak lelaki berusia 7 tahun, bernama Zareer Darweesh Izz Zameer bin Zamri. Harap adik Zareer suka dengan pilihan produk Aunty Fas ya!


Selain itu, bagi memastikan rakyat Malaysia dapat tampil berseri dan bersiap sedia untuk Aidilfitri, Guardian turut menawarkan pelbagai promosi menarik di semua stor fizikal dan dalam talian. 


Sepanjang kempen ini, pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga 50% untuk jenama kecantikan dan penjagaan diri terpilih, selain hadiah eksklusif seperti pemanggang BBQ elektrik, periuk kaserol seramik, pembesar suara tanpa wayar G LED, dan beg kecantikan bergaya. 


Sampul Raya hijau Guardian juga tersedia untuk ditebus selagi stok masih ada.


Justeru, Guardian Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut Aidilfitri kali ini dengan penuh keyakinan, berseri, dan bermakna. 


“Serlahkan Raya anda bersama Guardian dan jadikan perayaan ini saat yang paling bersinar untuk diri sendiri dan insan tersayang,” kata Priscilla mengakhiri ucapan.


Filem muzikal “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan Guardian” kini boleh ditonton di YouTube serta semua platform digital Guardian.



#GuardianMalaysia #SerlahkanPeRAYAanMuDenganGuardian #Amal #ForYouPage



Tiada ulasan:

Catat Ulasan