PRISM+ BAWA INOVASI PINTAR KE RUMAH, PERKENAL KIPAS, PETI AIS!


PRISM+
, jenama teknologi pengguna yang semakin berkembang pesat sejak diasaskan pada  2017, melancarkan dua produk baharu dalam rangkaian peralatan rumahnya sekali gus memperkukuh kedudukannya di pasaran Malaysia. 


Dua produk tersebut ialah PRISM+ Laguna Ceiling Fan — kipas siling pertama di Malaysia yang boleh disesuaikan — dan rangkaian PureFresh Refrigerators & Mini Bars yang menawarkan penyelesaian penyimpanan makanan berteknologi tinggi pada harga mampu milik.


“Di PRISM+, kami berusaha menggabungkan inovasi praktikal dengan reka bentuk moden untuk mencipta produk yang relevan dan berbaloi. PRISM+ Laguna Ceiling Fan bukan sahaja kipas siling modular pertama di Malaysia, tetapi juga merupakan kipas paling berkuasa dalam kelasnya. Ditambah pula dengan rangkaian PureFresh Refrigerators & Mini Bars, kami yakin kedua-dua produk ini mampu mengubah pengalaman rumah pintar bagi para pengguna,” kata Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Kam pada majlis pelancaran produk-produk tersebut pada 4 Mac 2025.


Turut hadir Pengurus Produk, Xander You Junhao (Pembersih Udara & Kipas Siling) dan Ketua Perkongsian & Komuniti, Khairul Sufiyan.


Menurut Eric Kam, pelancaran produk baharu ini mencerminkan usaha berterusan jenama Prism+ untuk menawarkan teknologi pintar pada harga mampu milik.


Sebagai kipas siling pertama yang boleh disesuaikan di Malaysia, PRISM+ Laguna menetapkan penanda aras baharu bagi aliran udara, menawarkan 36 kombinasi warna dan fungsi, termasuk pencahayaan LED 3-tona 24W untuk mencipta suasana yang sempurna. 


Direka dengan konsep personalisasi, PRISM+ Laguna membolehkan pemilik rumah menyesuaikan kipas mereka mengikut estetika kediaman pada harga yang berpatutan.



Menjelas lanjut, Junhao memaklumkan, PRISM+ Laguna Ceiling Fan direka untuk memberikan gabungan prestasi, reka bentuk moden, dan inovasi pintar. 


“Kipas ini tersedia dalam dua model — Smart dan Standard — dengan pilihan untuk menambah fungsi lampu LED. Apa yang membezakan kipas ini ialah tahap penyesuaiannya, membolehkan pengguna memilih daripada 36 kombinasi warna dan fungsi, termasuk pencahayaan LED 3-tona 24W bagi mewujudkan suasana yang diingini,” ujar Junhao.


Dari segi reka bentuk, kipas ini menawarkan tiga kemasan motor — Matte White, Matte Black, dan Rose Gold — serta pilihan bilah dalam kemasan matte dan Dark Wood untuk sentuhan mewah.



PRISM+ Laguna Ceiling Fan mampu menghasilkan aliran udara sehingga 10,025 CFM, menjadikannya kipas siling pengguna paling berkuasa dalam segmennya. 


“Bagi memastikan kipas kekal stabil dan senyap walaupun berputar pada kelajuan maksimum, kipas ini menggunakan sistem gantungan Parrel Ball, berbeza daripada gantungan cangkuk tradisional yang cenderung menyebabkan gegaran dan bunyi bising dari semasa ke semasa,” tambah Junhao.


Model PRISM+ Laguna Smart pula dilengkapi ciri pintar melalui aplikasi PRISM+ Connect, membolehkan kawalan jauh menggunakan telefon pintar. Antara ciri utama termasuk Mod Angin Semula Jadi yang mengubah kelajuan kipas setiap 20 saat, Mod Tidur untuk mengurangkan kelajuan secara beransur-ansur ketika tidur, Mod Songsang bagi mengedarkan udara secara sekata, serta integrasi dengan Google Assistant untuk kawalan suara.


Kipas ini juga boleh diselaraskan dengan PRISM+ Luna Smart Aircon untuk automasi rumah pintar. Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan penghawa dingin untuk beroperasi dari jam 10 malam hingga 2 pagi, kemudian secara automatik beralih ke PRISM+ Laguna Ceiling Fan untuk penyejukan berterusan sepanjang malam.


Harga PRISM+ Laguna Ceiling Fan bermula dari RM179 untuk model Standard dan RM279 untuk model Smart. Fungsi lampu LED pula boleh ditambah dengan harga tambahan RM40. 


Kipas ini boleh dipra-tempah bermula 6 Mac 2025 secara eksklusif di prismplus.my.


Bagi menjamin ketenangan fikiran pelanggan, PRISM+ menawarkan jaminan motor selama 10 tahun dan perlindungan 2 tahun bagi semua bahagian, LED, dan penerima untuk pelanggan yang memilih pemasangan dalaman PRISM+. 


Jaminan standard pasaran — 5 tahun untuk motor dan 1 tahun untuk semua bahagian, LED, dan penerima — turut disediakan bagi mereka yang memilih pemasangan sendiri.


Rangkaian Peti Sejuk PRISM+ PureFresh


Selain kipas siling, PRISM+ turut memperkenalkan rangkaian PureFresh Refrigerators & Mini Bars. Siri ini menawarkan gabungan reka bentuk moden, teknologi pintar, dan harga berpatutan, selaras dengan komitmen PRISM+ untuk menjadikan inovasi rumah pintar lebih mudah diakses oleh semua.



PureFresh Four-Door Refrigerator hadir dalam kapasiti 580L dan 700L, dengan kemasan Inox dan Gentle Matte Black. Bagi mereka yang mahukan peti sejuk lebih besar, PureFresh Side-by-Side Refrigerator menawarkan kapasiti 720L dengan reka bentuk mewah dan ruang penyimpanan luas.


Semua peti sejuk ini dilengkapi teknologi No Frost bagi mengelakkan pembentukan ais, sistem penyejukan Multi-Zone untuk memastikan suhu konsisten, serta pemampat inverter pintar yang secara automatik melaraskan suhu mengikut persekitaran rumah bagi menjimatkan tenaga,” ujar Khairul mengenai rangkain peti sejuk berkenaan.



Bagi ruang lebih kecil, PRISM+ memperkenalkan PureFresh Mini Bar Fridges dalam dua model — MB 50 dan MB 90 — yang sesuai untuk bilik tidur, pejabat kecil, atau ruang tamu. Mini bar ini juga hadir dalam dua kemasan bergaya, Inox dan Black Inox, untuk memadankan pelbagai tema dekorasi rumah.


Peti sejuk dalam siri PureFresh ini ditawarkan pada harga bermula RM399, dan boleh dipra-tempah bermula 6 Mac 2025 secara eksklusif di prismplus.my.


Dari segi ketahanan, semua model PureFresh Refrigerators & Mini Bars hadir dengan jaminan pemampat selama 12 tahun, memberikan keyakinan jangka panjang kepada pengguna.


Untuk rekod, PRISM+ kini beroperasi di Singapura, Malaysia, Australia, dan Filipina. Bermula dengan monitor dan TV Google 4K bernilai tinggi, jenama ini terus mengorak langkah ke dalam produk audio dan peralatan rumah pintar, menawarkan gabungan inovasi moden dan harga berpatutan.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu PRISM+, layari prismplus.my.



#Prism+ #LagunCeilingFan #PureFreshRefrigerators&MiniBars. #LampuLED 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan