SEMARAKKAN AIDILFITRI BERSAMA AMBI PUR, FEBREZE, 'BALIK KAMPUNG MACAM VIP'!
MENJELANG tibanya musim perayaan Aidilfitri, MYDIN dengan kerjasama Ambi Pur dan Febreze, telah melancarkan rangkaian produk baharu yang menjanjikan kesegaran dan kemewahan haruman, khusus untuk memeriahkan sambutan rakyat Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada kempen menyambut Raya dan tradisi 'Balik Kampung', Ambi Pur dan Febreze telah menganjurkan pertandingan di MYDIN pada bulan Februari, yang memberi peluang kepada sepuluh pemenang untuk menikmati pengalaman "Balik Kampung Macam VIP".
Pemenang-pemenang ini menikmati perjalanan pulang yang mewah dengan kereta Proton X90 berwarna emas ke kampung halaman mereka.
Inisiatif ini bertujuan untuk meraikan semangat kebersamaan yang menjadi intipati musim perayaan, sambil memastikan pemenang-pemenang dapat pulang dengan selesa dan bergaya bersama Ambi Pur.
Majlis penyampaian hadiah dan pelepasan "Balik Kampung Macam VIP" berlangsung di MYDIN Subang Jaya baru-baru ini disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin bersama Pengarah Eksekutif, Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd; Pengurus Negara Malaysia dan Singapura P&G, Nantha Kalimuthu dan pelakon Mira Filzah.
![]() |
Dari Kiri: Wong Chee Kang, Mira Filzah, Dr Siti Hawa Dr Ameer Ali Mydin, Nantha Kalimuthu, Mirza Murad Ali Mydin. |
Mereka kemudiannya melakukan pelepasan atau ‘flag off’ kereta-kereta Proton X90 berwarna emas yang akan digunakan para pemenang balik kampung masing-masing.
![]() |
Foto: FAS menggunakan kamera telefon pintar Vivo Y39. |
Sempena majlis tersebut juga, Ambi Pur telah memperkenalkan dua varian baharu bagi Penyegar Udara Klip Kereta, iaitu Romance & Bliss dan Soothe & Refresh.
Klip-klip ini menawarkan kesegaran yang berpanjangan sehingga 45 hari, dan berkesan dalam menghilangkan bau yang tidak diingini.
Varian baharu ini menampilkan gabungan haruman yang dipilih khas seperti blackberry, plum, citrus dan lychee, yang dapat meningkatkan mood sepanjang perjalanan, sesuai untuk perjalanan jauh semasa musim perayaan.
Selain itu, Febreze turut melancarkan dua varian baharu, iaitu Italian Rose & Peach dan French Violet & Grapefruit.
Haruman-haruman ini menawarkan wangian premium serta kuasa antibakteria yang lebih tinggi.
Sebagai Penyegar Fabrik, Febreze sangat sesuai untuk menyegarkan dan menghilangkan bau daripada pelbagai jenis fabrik, termasuk cadar, sofa, dan pakaian.
Ia menampilkan gabungan haruman yang menyegarkan seperti grapefruit, oren, limau, tembikai dan pic, yang mewujudkan suasana bersih bagi menyambut tetamu semasa perhimpunan Hari Raya.
“Kami amat berbesar hati untuk menjadikan sambutan Hari Raya tahun ini lebih istimewa buat rakyat Malaysia, terutamanya ketika mereka berkumpul semula dengan keluarga tercinta.
“Mari raikan Hari Raya dengan Ambi Pur dan Febreze, untuk perjalanan yang menyegarkan dan kediaman yang mengundang keharmonian untuk perhimpunan keluarga,” ujar Nantha Kalimuthu.
Penyegar Udara Klip Kereta Ambi Pur Mood Therapy baharu ditawarkan pada harga RM9.99 bagi setiap pek di MYDIN, manakala Penyegar Fabrik Febreze baharu dijual pada harga RM9.99 bagi botol 370ml, sehingga 6 April 2025.
#AmbiPur #Febreze #MYDIN #BalikKampungMacamVIP #HariRaya #ProtonX90
Tiada ulasan:
Catat Ulasan