SURIA KLCC, ALAMANDA & MESRA MALL TAMPILKAN KEAJAIBAN MAGHRIBI RAI AIDILFITRI!
SAMBUTAN Hari Raya tahun ini di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, dan Mesra Mall di Terengganu menjanjikan pengalaman yang luar biasa dengan tema keindahan Maghribi.
Dengan Hari Raya disambut pada 31 Mac dan 1 April, Suria KLCC memeriahkan suasana dengan perayaan selama sebulan dari 7 Mac hingga 13 April 2025.
Sebagai destinasi beli-belah ikonik, Suria KLCC telah mengubah Centre Court menjadi istana Maghribi yang memukau, dengan warna biru diraja dan emas yang berkilauan.
Kubah interaktif dan tanglung Maghribi yang memancarkan cahaya mempesona, serta lengkungan Moorish yang besar berdiri megah dengan pencahayaan interaktif di Esplanade KLCC, menawarkan latar belakang yang menarik untuk merakam detik indah Hari Raya.
Pengunjung Suria KLCC akan dihiburkan dengan Melodi Maghribi yang memikat dan rentak muzik tradisional Melayu melalui siri persembahan Tradisional Raya Tunes, menampilkan muzik Oud Arab dan gendang Maghribi.
Ia boleh dimenikmati di Centre Court pada 30 Mac dan pada hari kedua Hari Raya (1 April).
Menambah kemeriahan, ’A Raya Dance Spectacle’ akan menghidupkan Centre Court dengan tarian bertemakan Maghribi.
Penari dalam kostum Maghribi yang menawan akan mempersembahkan tarian yang menggabungkan elemen budaya, keanggunan dan tradisi.
Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan ini pada 23 dan 29 Mac serta hari pertama Hari Raya (31 Mac).
Selain itu, ‘Pesta Meriah Lain Macam Astro' turut memeriahkan suasana dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal, bermula hari ini, 15 hingga 16 Mac di Centre Court, Aras Concourse, dari jam 3 petang hingga 6 petang.
Antara selebriti terkenal dari lineup Raya 2025 Astro yang boleh ditemui termasuk Wani Kayrie, Dinda Dania, Miss Alvy, Hael Husaini, Zizan Razak, Nadeera Zaini, Raes Ariffin, Bulan Asyraff, Shazreen Shaharum, Ramlah Ram, Asfan, dan Keka.
Selain berhibur, pengunjung boleh menyertai pelbagai bengkel kreatif bertemakan Hari Raya. seperti ’Raya Coaster Workshop’, mengajak mereka mencipta alas cawan mozek berwarna-warni sebagai kenang-kenangan, manakala ’Raya Floral Workshop’ memberi peluang untuk menghasilkan hiasan bunga yang indah untuk menyemarakkan suasana perayaan.
Dan yang lebih mengujakan, Suria KLCC menawarkan ganjaran eksklusif kepada pembeli di mana mereka yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus akan menerima e-Baucar RM100 dan satu set Sampul Raya Suria KLCC.
Mereka yang berbelanja RM10,000 dan ke atas pula akan menerima e-Baucar RM300, satu set Sampul Raya Suria KLCC, serta pemegang sampul mewah.
Lebih menarik lagi, pembeli yang membeli e-Baucar Beli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar tambahan bernilai RM100.
Tawaran istimewa ini hanya untuk 50 pembeli pertama, dengan satu penebusan setiap pembeli.
Dan, sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang terhadap kesedaran kesihatan mental, Suria KLCC menawarkan Bengkel Pembuatan Coaster Hari Raya khas kepada pembeli yang membeli ’Suria Ribbon Pin’ dengan harga RM10.
Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental.
“Sempena Hari Raya ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan satu sambutan yang bukan sahaja memukau dengan keindahannya tetapi juga menggalakkan perpaduan, kemurahan hati dan kegembiraan. Kami mengalu-alukan semua untuk bersama-sama meraikan musim penuh makna ini,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Sementara itu, dari 7 Mac hingga 6 April, Alamanda Putrajaya turut membawa tema Maghribi dalam rona biru diraja dan emas di Centre Court, menggabungkan elemen tradisional dan moden.
Pada hujung minggu dari 15 hingga 23 Mac, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab yang penuh warna-warni, diiringi muzik perayaan yang meriah.
VIKids juga berpeluang menyertai ’Moroccan Glass Painting’ pada hari Sabtu dan Ahad dalam tempoh tersebut.
Pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit di kedai khusus akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca.
Mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima ganjaran sama serta e-Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM50.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR, kanak-kanak dari rumah kebajikan YAYAKEM akan dijemput ke Alamanda pada 20 Mac untuk membeli Baju Raya, menikmati persembahan perayaan, menerima Duit Raya, dan berbuka puasa bersama media.
’Green Ribbon Pin’ turut dijual pada harga RM10 sepanjang kempen Hari Raya Alamanda bagi menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental oleh Kumpulan Suria KLCC, dengan hasil jualan disalurkan kepada NGO berkaitan.
Di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu pula, kempen Hari Raya berlangsung dari 7 Mac hingga 8 April dengan dekorasi bertemakan Maghribi yang megah.
Pelbagai persembahan budaya seperti muzik Gamelan dan tarian tradisional, serta bengkel kreativiti seperti Anyaman Ketupat, Pembuatan Tanglung Raya, dan Kaligrafi Jawi, menanti pengunjung pada tarikh terpilih sepanjang Mac.
Pengunjung juga boleh menyertai Bengkel Anyaman Ketupat (14 Mac), Pembuatan Tanglung Raya (21 Mac), dan Kaligrafi Jawi (14 dan 21 Mac).
Selain itu, Pertandingan Pakaian Tradisional (22 Mac) menggalakkan peserta mengenakan busana biru dan emas sempena Hari Raya.
Pembeli juga boleh menikmati pengalaman “Berbuka Puasa di Taman” di Courtyard dengan suasana piknik setelah membuat pembelian minimum dua tin minuman F&N dalam satu resit di Food Court.
Kemuncak perayaan adalah acara ‘Jalinan Mesra’ pada 13 Mac, di mana Mesra Mall akan meraikan pelajar pendidikan khas dari sekolah rendah terpilih melalui sesi berbuka puasa yang dianjurkan bersama Pejabat Pendidikan Daerah.
Acara ini turut menampilkan persembahan Gamelan, bacaan Al-Quran, kumpulan Nasyid, dan pemberian pakaian Raya khas.
Sebagai ganjaran untuk pembeli, mereka yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di kedai khusus akan menerima set balang kuih eksklusif dan Sampul Raya.
Menekankan semangat memberi, penyewa utama Mesra Mall, TMC, akan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai pada 16 Mac, dengan 500 hidangan disediakan untuk dinikmati bersama komuniti setempat.
Pendek kata, ketiga-tiga pusat beli-belah ini berkomitmen untuk memberikan pengalaman Hari Raya yang tak terlupakan, dengan menggabungkan keindahan budaya Maghribi dan semangat perayaan yang meriah.
Ya Habibi! Ya Maulana!
Terbaik sambutan Aidilfitri kelolaan Kumpulan Suria KLCC Sdn Bhd ni ya.
Selamat Hari Raya!
#SuriaKLCC #Maghribi #AlamandaPutrajaya #MesraMall #TraditionalRayaTunes
Tiada ulasan:
Catat Ulasan