VIVO LANCAR TELEFON PINTAR TERBAHARU, VIVO V50!
VIVO Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon pintar terbaharu mereka, vivo V50, yang memberi tumpuan kepada fotografi potret profesional melalui kerjasama strategik dengan ZEISS.
Peranti ini direka untuk merakam setiap memori bermakna dengan perincian yang luar biasa, menggabungkan teknologi pengimejan canggih, reka bentuk elegan, dan prestasi yang mantap.
Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, menekankan bahawa siri vivo V sentiasa bertujuan untuk membantu pengguna merakam detik berharga dalam kehidupan mereka dan dengan vivo V50, mereka telah melangkah lebih jauh dalam fotografi mudah alih, menetapkan semula jangkaan untuk telefon pintar dalam julat harga ini.
vivo V50 menonjolkan keupayaan fotografi potret yang mengagumkan, didorong oleh Sistem Pengimejan Kejuruteraan Bersama vivo dengan ZEISS.
Kamera utama 50MP ZEISS All Main Camera menawarkan prestasi bertaraf profesional pada semua lensa kamera belakang, termasuk Kamera Utama ZEISS 50 MP OIS dengan sensor flagship 1/1.55" untuk penangkapan cahaya yang luar biasa, teknologi VCS Camera-Bionic Spectrum yang meningkatkan kualiti imej.
ARTIS Nadhir Nasar dan Anna Jobling wajah vivoV50 turut hadir pada majlis pelancarannyya baru-baru ini.
AI Aura Light Portrait 2.0 untuk pencahayaan berkualiti studio, ZEISS Multifocal Portrait dengan pelbagai gaya bokeh, dan Kamera Swafoto Berkumpulan ZEISS 50 MP dengan lensa sudut lebar dan autofokus.
Peranti ini juga mampu merakam video 4K dengan ketepatan warna yang menakjubkan.
Dari segi reka bentuk dan prestasi, vivo V50 menampilkan reka bentuk ringan dengan skrin Flagship Quad Curved untuk pengalaman visual yang imersif.
Peranti ini dikuasakan oleh bateri 6000 mAh (TYP) BlueVolt dengan 90W FlashCharge, serta platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 3.
Ciri-ciri lain termasuk ketahanan debu dan air IP68 serta IP69, pilihan warna baharu yang diinspirasikan oleh alam semula jadi, dan reka bentuk sudut melengkung untuk keselesaan penggunaan.
vivo V50 akan tersedia di Malaysia pada harga bermula RM1,999 (12GB+256GB) dan RM2,399 (12GB+512GB).
Pelbagai promosi menarik ditawarkan, termasuk pelan ansuran tanpa faedah, diskaun tukar beli, dan promosi pembelian dengan pembelian vivo Watch 3.
vivo turut bekerjasama dengan beberapa jenama eksklusif seperti BONIA Malaysia, Royal Enfield Malaysia, dan lain-lain bagi meningkatkan gaya hidup pengguna.
Peranti ini boleh didapati di semua stor konsep vivo dan kedai Maxis yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia.
#vivoV5 #Tech #VivoMalaysia #BoniaMalaysia #RoyalEnffieldMalaysia #ZEISS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan