Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WATSONS LANCAR KEDAI PINK PERTAMA DI GENTING HIGHLANDS!


WATSONS Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran rasmi kedai konsep terbaharunya, Watsons Pink Store, di Sky Avenue, Genting Highlands

Kedai ini bukan sekadar destinasi membeli-belah biasa, tetapi sebuah “taman permainan kecantikan” yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang imersif dan interaktif untuk para pencinta kecantikan.

Terletak secara strategik di salah satu hab gaya hidup dan pelancongan utama Malaysia, Watsons Pink Store direka khas untuk mengubah cara pelanggan menerokai dunia kecantikan. 


Pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan produk kecantikan terkini, malah berpeluang menikmati perkhidmatan solekan ekspres percuma, analisis warna bermusim di Color Studio, serta analisis kulit peribadi menggunakan teknologi kecantikan canggih. 



Kedai ini membawa pendekatan yang segar, menggalakkan pelanggan untuk meneroka, mencuba, dan memanjakan diri dalam trend kecantikan terkini dengan cara yang menyeronokkan.


Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Ketua Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia bagi AS Watson Group, Caryn Loh berkata, pembukaan kedai konsep baharu ini sejajar dengan komitmen jenama itu untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.


“Di Watsons, kami sentiasa mencari penyelesaian runcit inovatif untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik. Pengguna hari ini tidak hanya mahukan pelbagai pilihan produk, tetapi mereka juga mendambakan pengalaman membeli-belah yang menarik dan dipacu oleh trend semasa. Kedai ini mengajak pelanggan untuk meneroka, merasai, dan menikmati kecantikan dalam suasana yang interaktif dan mengujakan,” katanya pada majlis pelancaran yang turut disertai selebriti Amber Chia, Pereka Fesyen, Rico Rinaldi  dan beberapa lagi tetamu kehormat lainnya.



Rekaan Watsons Pink Store juga mencuri tumpuan dengan tema merah jambu yang menyerlah dan susun atur kedai yang lebih luas. 


Setiap sudut — dari rupa luar kedai, rak produk, beg beli-belah, hingga ke pakaian seragam kakitangan — disusun rapi untuk mewujudkan suasana “pink-tastic”. 


Lebih istimewa, Watsons turut berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal Malaysia, Rico Rinaldi, untuk mencipta pakaian seragam eksklusif yang melengkapkan identiti segar kedai ini.




Selain rekaan menarik, kedai ini turut menghimpunkan pelbagai jenama kecantikan global dan tempatan, memastikan setiap pengunjung menemui sesuatu yang baharu dan istimewa. 


Terdapat bahagian khusus untuk produk K-Beauty dari KoreaJ-Beauty dari Jepun, serta jenama kecantikan tempatan, mempamerkan inovasi terbaik dari tiga negara ini.



Kedai ini juga memperkenalkan ruang khas yang memaparkan produk kecantikan terkini, daripada penjagaan kulit berteknologi tinggi hingga kosmetik inovatif. 


Lebih menarik, terdapat Hair Studio Bay eksklusif oleh L’Oréal Professionnel Paris, memberikan pelanggan peluang merasai sendiri penyelesaian rambut premium.



Turut disediakan adalah Zon Haruman yang elegan serta sudut bergambar “Insta-worthy” yang pasti memeriahkan setiap kunjungan.


Caryn Loh turut menegaskan bahawa Watsons kekal komited dalam membawa pengalaman membeli-belah yang lancar, mudah dan bernilai tinggi kepada para pelanggan.


“Janji kami kepada pelanggan adalah untuk memastikan mereka ‘Nampak Cantik, Berbuat Baik dan Rasa Hebat’. 


Dengan permintaan pengguna yang sentiasa berubah, Watsons akan terus bergerak seiring dengan masa dan memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik serta bermakna,” tambahnya.


Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Watsons Pink Store di Sky Avenue, Genting Highlands, yang terletak di 32A & 32B, Aras T2A. 


Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web rasmi Watsons di Watsons.com.my atau melalui akaun media sosial Watsons Malaysia di Facebook dan Instagram.



#WatsonsMalaysia #WatsonsPinkStore #NampakCantikBerbuatBaikRasaHebat  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan