WATSONS MALAYSIA MERIAHKAN AIDILFITRI 2025 MELALUI KEMPEN 'RAYA TERUNGGUL'


SEMPENA kedatangan Syawal yang dinanti-nantikan, Watsons Malaysia melancarkan kempen “Raya Terunggul”, membawa semangat perayaan yang sarat dengan makna kasih sayang, kekeluargaan, dan kebersamaan. 


Berlangsung dari 6 Mac hingga 14 April 2025, kempen ini bukan sahaja menawarkan pelbagai promosi istimewa dan hadiah eksklusif, malah mempersembahkan sebuah filem Raya yang menyentuh hati dan penuh nostalgia.


Seperti tradisi setiap tahun, filem jenama Raya Watsons sentiasa dinanti-nantikan, dan kali ini, ia tampil lebih istimewa dengan gabungan watak-watak legenda dari filem dan siri televisyen ikonik Malaysia seperti Mami Jarum, Adnan Sempit, dan Gerak Khas. 


Filem ini dibintangi oleh Duta Watsons, Ayda Jebat, bersama barisan pelakon tersohor seperti Datuk Yusof Haslam, Kartina Aziz, Shaheizy Sam, Hisyam Hamid, Maya Karin, Ropie, dan Mia Sara Shauki.


Filem ini mengadun hiburan dan mesej bermakna tentang nilai cinta dan keikhlasan, mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Melati yang bersedia menerima kehadiran bapa baharu dalam hidupnya. 


Sebagai anak yang penyayang, Melati ingin memastikan ibunya membuat keputusan yang tepat dalam memilih pasangan hidup. 



Dan dalam semangat Aidilfitri — di mana menonton filem Melayu klasik menjadi satu tradisi keluarga — watak-watak ikonik muncul secara magis untuk membimbing Melati memahami makna sebenar kebahagiaan, iaitu kasih sayang dan keikhlasan.


“Kempen Raya Watsons bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga penghormatan kepada nilai kekeluargaan dan kesyukuran. Kami berharap kempen tahun ini membawa kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang,” kata Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group, Caryn Loh pada majlis pelancaran kempeN dan berbuka puasa Watsons di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir beberapa pelakon terbabit antaranya Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Hisyam Hamid, Mia Sara Shauki, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi. Tidak ketinggalan bersama mereka adalah Danny Hoh selaku Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.


Lebih mengujakan, filem Raya Watsons tahun ini turut menampilkan lagu tema khas yang bertenaga dan ceria, sesuai untuk semua lapisan umur.



“Filem Raya ini bukan sekadar hiburan, ia adalah satu peringatan tentang pentingnya menghargai insan tersayang. Kami juga mahu lagu tema ini menjadi melodi indah yang dinyanyikan bersama sepanjang Syawal.” jelas Caryn.



Bersempena kempen ini, juga. Watsons Malaysia menawarkan diskaun 60% untuk item kedua di kedai dan atas talian untuk semua pelanggan. 

Tawaran ini membolehkan semua orang mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit, dan kesihatan kegemaran mereka pada harga yang luar biasa.



“Lebih menarik lagi, Watsons Malaysia memberikan ganjaran kepada ahli Watsons Club dengan hadiah bernilai lebih RM3,888,888 di mana dari 6 Mac hingga 5 Mei 2025, ahli Watsons Club yang berbelanja minimum RM50 di kedai atau atas talian menggunakan kad debit atau kredit VISA berpeluang memenangi hadiah luar biasa seperti kereta Proton, motosikal Modenas, jongkong emas 10g, dan e-baucar Watsons,” sambung Danny Hoh.


Tidak hanya itu, pelanggan setia Watsons juga boleh mengumpul hadiah percuma seperti sampul Raya, beg perjalanan, balang kuih Fika, dan seterika stim Gabor bagi setiap pembelian minimum RM80 di kedai atau atas talian, sementara stok masih ada.



Selain meraikan kemeriahan Raya, Watsons Malaysia turut meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan kerjasama Blackmores, menyumbangkan produk kesihatan, kecantikan, dan keperluan harian kepada 300 keluarga di PPR Kampung Baru HICOM. 


Mereka juga menyumbang bekalan makanan dan keperluan asas kepada lebih 16 rumah kebajikan di seluruh negara bagi memastikan golongan yang memerlukan turut dapat merayakan Syawal dengan penuh kegembiraan.



“Kami komited membantu komuniti yang memerlukan. Melalui inisiatif ini, kami berharap untuk membawa kegembiraan kepada mereka, agar mereka turut merasai semangat Raya,” harapan Caryn Loh.


Kempen ini turut memperkenalkan koleksi barangan perayaan hasil kolaborasi bersama Neelofa, serta pelekat perayaan Unik the Cat yang menyeronokkan — sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan sempena Hari Raya.


Untuk maklumat lanjut, layari www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi Watsons di Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.


BERSAMA Mia Sara Shauki (tengah) dan Pengurusnya (kiri).

#WatsonsMalaysia #RayaTerunggul #FilemRaya #AhliWatsonsClub #Diskaun 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan