TYLA, BINTANG PEMENANG GRAMMY, WAJAH BAHARU PANDORA!


PANDORA
, peneraju dunia dalam industri perhiasan, mengumumkan kerjasama terbaharu mereka dengan bintang muzik antarabangsa yang meraih anugerah Grammy ®, Tyla. 


Penyanyi, penulis lagu, dan penghibur berbakat dari Afrika Selatan ini, yang terkenal dengan genre muziknya yang unik, persembahan bertenaga, dan gaya fesyen yang sentiasa menjadi perhatian, kini menyandang gelaran sebagai duta global untuk keseluruhan rangkaian perhiasan Pandora.


Pengumuman yang menarik ini bertepatan dengan penampilan sulung Tyla di pentas berprestij Coachella yang berlangsung baru-baru ini. 


Dengan keupayaannya yang luar biasa untuk menyatukan seni muzik dan penceritaan peribadi, Tyla membawa sentuhan segar dan dinamik kepada jenama Pandora, selaras dengan semangat jenama yang menggalakkan ekspresi diri dan kreativiti.




Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Tyla membintangi kempen “Pandora Styled by Tyla” yang menonjolkan pilihan perhiasan Pandora kurasinya – koleksi yang mencerminkan perjalanan, minat, dan inspirasinya. 


Di tengah-tengah kandungan ini adalah loket Pandora, yang setiap satunya mewakili detik-detik penting dalam kehidupan Tyla. 


Daripada kejayaannya mencapai bintang antarabangsa dengan Loket Bunga Sakura yang mencerminkan video muzik ikoniknya ‘Water’, hingga simbol peribadi yang meraikan warisan, muzik, dan peminatnya, seperti Loket Gigi Jerung Mini, semuanya diwakili.


“Bekerjasama dengan Pandora adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dilakukan, Saya sentiasa mendapati perhiasan mereka sangat menyeronokkan untuk digayakan kerana anda boleh mencipta perhiasan unik anda sendiri. Ia sangat mengingatkan saya tentang rumah kerana ibu saya selalu membuat perhiasan, dan loket batu kelahiran mengingatkan saya tentang manik-manik yang pernah saya ada di rumah semasa saya membesar,” kata Tyla.



Kenangnya, setiap kali ibunya tidak mahu mereka mengganggunya, dia akan memberinya dan  adik-adik perempuan semua membuat gelang persahabatan sepanjang hari. 


“Kini Tygers saya boleh mempunyai gelang persahabatan yang sepadan dengan saya.” tambah Tyla.


Melalui kolaborasi ini, Pandora dan Tyla meraikan kuasa yang dimiliki perhiasan untuk merakam detik-detik kehidupan yang paling tidak dapat dilupakan, memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk merangkul kisah unik mereka dalam ekspresi peribadi mereka sendiri.


Peminat sudah boleh meneroka pilihan kurasi Tyla dan mengetahui bagaimana loket dan perhiasan Pandora dapat menceritakan kisah unik mereka sendiri secara langsung di Pandora.net/Tyla.



#Tyla #PandoraStyledByTyla #Grammy #Tygers #Penyanyi #Water #ForYouPage


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan