WATSONS MALAYSIA LANCAR POP UP CAFE, KUKUH KOMITMEN LESTARI!
MENYDARI kepentingan Hari Bumi yang disambut setiap April, Watsons Malaysia mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Naturals by Watsons Pop-Up Café, sebuah inisiatif unik yang menggabungkan dunia kecantikan dengan kesedaran alam sekitar.
Bermula 25 Mac hingga 28 April 2025, ruang interaktif yang terletak di luar pusat membeli-belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang ini menawarkan lebih daripada sekadar produk kecantikan lestari, tetapi juga pengalaman mendalam melalui bengkel menarik, hadiah eksklusif, dan pelbagai aktiviti mesra alam, mengajak pelanggan untuk bersama-sama melangkah menuju masa depan yang lebih hijau dan mampan.
Naturals by Watsons telah lama menjadi pelopor dalam memacu produk-produk lestari selama 14 tahun yang lalu, dengan kehadiran yang kukuh di sembilan pasaran utama termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Turki, Vietnam dan Timur Tengah.
Perkembangan ini membuktikan komitmen jenama untuk terus berhubung dengan pelbagai lapisan pengguna sambil menjadikan amalan gaya hidup lestari lebih mudah diakses oleh semua.
Hasil daripada usaha ini, Naturals by Watsons telah dianugerahkan gelaran “Highly Commended” bagi kategori “Best All Green Brand” di Global Green Beauty Awards 2024.
Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan kepimpinan jenama dalam mempromosikan amalan lestari dalam industri kecantikan serta komitmen berterusan terhadap inovasi dan perubahan positif.
Anugerah berprestij ini mencerminkan kepimpinan jenama dalam mempromosikan amalan lestari dalam industri kecantikan serta dedikasinya yang berterusan terhadap inovasi dan perubahan positif.
“Tahun ini, kami teruja untuk memperkenalkan semula Naturals by Watsons dengan rangkaian baharu yang dipertingkatkan dan komited terhadap kelestarian, merangkumi 12 variasi produk daripada penjagaan badan hingga penjagaan rambut.
“Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, kami memperkenalkan Naturals by Watsons Pop-Up Café – satu pengalaman gaya hidup. Café ini menawarkan ruang untuk pelanggan berinteraksi, belajar dan membeli-belah sambil menghayati nilai-nilai teras kami iaitu kesihatan, kecantikan dan kelestarian. Sebagai peneraju peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami mahu mencipta perubahan bukan sahaja melalui produk yang ditawarkan, malah juga melalui cara kami berinteraksi dengan pelanggan dan menyumbang kepada bumi yang lebih hijau,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group pada majlis pelancaran Watson’s Pop Up Cafe tersebut baru-baru ini.
Turut hadir adalah Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat serta Rakan Selebriti Watsons, yang semuanya memberikan sokongan padu terhadap kecantikan lestari dan gaya hidup mesra alam.
Majlis pelancaran juga diseikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi Watsons Malaysia, rakan kerjasama kelestarian dari WMAM dan HARA Makers, serta tetamu khas dari Hong Kong, Thailand dan Filipina.
Menuyambung kata-katanya, Caryn memaklumkan pengalaman unik di café pop-up ini dipacu oleh Naturals by Watsons, jenama yang teguh memperjuangkan kecantikan bersih, keberkesanan produk, dan kelestarian alam sekitar.
Rangkaian produk ini diformulasikan dengan lebih daripada 95% ramuan yang berasal dari alam semula jadi, menjadikannya 100% vegan, diuji secara dermatologi, serta bebas daripada paraben, alkohol, silikon, dan minyak mineral.
Lebih membanggakan, pembungkusan produk diperbuat daripada plastik kitar semula yang dikumpulkan dari lautan, dan produk terpilih mengandungi 60% minyak sawit mampan yang diperakui, menggariskan janji Watsons untuk melindungi kecantikan dan alam sekitar secara holistik.
Tambahan pula, formulasi produk telah dipertingkatkan dengan ramuan aktif seperti Ceramide, Peptida, Asid Hyaluronik, Retinol, dan Niacinamide, yang terbukti secara klinikal mampu memberikan kelembapan tahan lama sehingga 72 jam.
Komitmen Watsons terhadap kelestarian tidak hanya terhad di Malaysia. Di Taiwan, Watsons akan menganjurkan aktiviti pembersihan pantai sebagai usaha mempromosikan pembungkusan lestari baharu Naturals by Watsons.
Sementara itu, di Filipina, tumpuan diberikan kepada program isi semula dan kitar semula, serta kempen Bawa Beg Sendiri untuk menggalakkan tabiat membeli-belah yang lebih bertanggungjawab.
Di Thailand pula, Watsons akan bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan, di mana setiap produk yang terjual akan disalurkan untuk menyokong projek pemulihan terumbu karang.
Usaha kolektif ini menjadi peringatan yang kuat bahawa setiap tindakan kecil mempunyai impak yang signifikan dalam mewujudkan masa depan yang lebih lestari.
Antara tarikan utama café pop-up ini ialah penekanan terhadap pendidikan dan tindakan.
Café ini dibina menggunakan bahan lestari, dengan sorotan seperti arca gergasi produk dan mural kelestarian yang diperbuat daripada 100% bahan kitar semula, termasuk botol kosong Naturals by Watsons dan beg plastik sekali guna Watsons.
Inisiatif ini adalah hasil kerjasama Watsons Malaysia, Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM), NGO tempatan HARA Makers, dan pelajar-pelajar universiti, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurangan sisa plastik dan penggunaan bertanggungjawab.
Untuk memudahkan amalan lestari, café ini menyediakan stesen isi semula di mana pelanggan boleh membawa botol kosong mereka untuk mengisi semula Aloe Shower Gel (RM3.50/100ml) atau Coffee Shampoo (RM4.00/100ml), menggalakkan pengurangan sisa dan gaya hidup mampan.
Bengkel hujung minggu juga diadakan, termasuk aktiviti Kraf Kitar Semula Plastik, Pembuatan Batu Aroma, dan Kraf Macrame dengan Gelang Kayu, dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit di café.
Pelanggan juga boleh menikmati promosi eksklusif, termasuk diskaun 20% di seluruh stor, syampu saiz perjalanan 100ml percuma dengan pembelian RM80, dan Beg Guni eksklusif bersama dua shampu saiz perjalanan (Argan & Aloe Vera) dengan pembelian RM150.
Lebih menarik lagi, pelanggan boleh menyertai pelbagai aktiviti mesra alam seperti memuat naik ke media sosial untuk menerima rantai kunci kayu ukiran percuma (terhad kepada 50 pelanggan pertama setiap hari), menukar botol PET kosong untuk menebus shower gel lavender 100ml (terhad kepada 30 pelanggan pertama setiap hari), atau mengunjungi Scent Bar untuk kad coaster beraroma secara percuma.
Dalam ucapan penutupnya, Caryn Loh turut menambah, “Sebagai sebahagian daripada matlamat jangka panjang kelestarian kami, Watsons Malaysia beriltizam untuk mencapai 100% pembungkusan lestari bagi semua produk jenama Watsons dalam tempoh lima (5) tahun akan datang. Inisiatif penting ini selaras dengan misi kelestarian global Watsons dan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama strategik bersama ClimatePartner bagi mengurangkan pelepasan karbon dan mempromosikan amalan runcit yang lebih lestari.”
Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecantikan bersih, kelestarian, dan inovasi, Watsons Malaysia terus menerajui usaha peruncitan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Ayuh sertai kami dan menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini menuju masa depan yang lebih lestari dan indah untuk kita semua,” tambah Caryn.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Naturals by Watsons Café dan pelbagai inisiatif kelestarian Watsons Malaysia, sila layari laman media sosial rasmi Watsons Malaysia.
#NaturalsByWatsons #PopUpCafe #WatsonsMalaysia #WMAM #HariBumi #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan